Seramai 35 orang murid Tahun Empat, Lima, dan Enam teruja dengan aktiviti di bawah Program Pendidikan dan Kesedaran Pemeliharaan dan Pemuliharan Air oleh pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Tembeling, Kampung Bantal, Jerantut, Pahang baru-baru ini. Pada program itu mereka diberi tunjuk ajar tentang inovasi pembuatan sabun kitar semula. Ia membabitkan penggunaan minyak masak terpakai secara efektif dengan menukarkan bahan…










