Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terdampar di tepi sungai - Utusan Malaysia

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terdampar di tepi sungai

KEADAAN mayat seorang lelaki yang ditemukan terdampar di tepi Sungai Jerteh berhampiran sebuah masjid di Jertih, Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terdampar di tepi Sungai Jerteh berhampiran sebuah masjid di bandar ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 9.30 pagi dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setakat ini kita belum dapat mengenal pasti identiti mangsa, dan hasil siasatan awal pihak polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah serta tiada sebarang kesan kecederaan ke atas tubuh badan mangsa.

“Mayat berkenaan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rozak, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN