Mayat Haqim tersangkut di batu - Utusan Malaysia

Mayat Haqim tersangkut di batu

MAYAT Haqim Abdul Rahim Lee (gambar kecil) ditemukan kira-kira 1,000 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Mayat seorang lagi pemuda yang lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu Layar, dekat sini ditemukan pagi ini kira-kira 1,000 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Mohammad Saifulizam Mohd. Rofi berkata, mayat Haqim Abdul Rahim Lee, 20,  ditemukan pukul 7.45 pagi oleh pihaknya.

“Mayat mangsa dijumpai pada jarak 1,000 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat. Mayat ditemui dalam keadaan tersangkut di batuan pantai. 

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Semalam media melaporkan kegembiraan du- sahabat mandi manda di Pantai Batu Layar  bertukar duka apabila mereka dikhuatiri lemas.

Mayat salah seorang mangsa, Muhammad Syahmi Zamzam, 26, ditemukan 50 meter dari pesisir pantai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 3.15 petang semalam.

Difahamkan kedua-dua mangsa serta beberapa rakan lain datang ke Pantai Batu Layar untuk berkelah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN