BUKIT MERTAJAM : Mayat dua wanita dijumpai dalam keadaan berbau dalam sebuah kereta jenis Honda WRV berwarna putih di Taman Sri Rambai, di sini petang semalam. Mayat kedua-duanya yang belum dikenal pasti identiti setakat ini itu ditemukan oleh orang awam yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis. Hasil pemeriksaan pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bandar Perda mendapati, kedua-dua mayat yang berada di bahagian tempat duduk hadapan itu sudah…