Masjid perlu karpet baharu untuk keselesaan jemaah

Masjid perlu karpet baharu untuk keselesaan jemaah

JEMAAH menunjukkan keadaan karpet Masjid Hijriah Sar, Pasir Salak, Perak yang lusuh dan semakin nipis. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Pengurusan Masjid Hijriah Tanjung Sar di sini, memohon bantuan dan sumbangan orang ramai bagi menggantikan karpet masjid berkenaan yang rosak dan nipis selepas digunakan lebih 20 tahun.

Imam masjid tersebut, Lutpi Fuad berkata, keadaan karpet yang semakin lusuh menyebabkan jemaah yang menunaikan solat berasa tidak selesa.

Katanya, terdapat jemaah terutama warga emas mengadu sakit lutut disebabkan karpet yang nipis dan lusuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Karpet ini sudah lama, mungkin lebih 20 tahun digunakan, sudah tentu keadaannya semakin nipis dan ada bahagian rosak.

“Karpet ini dibeli hasil sumbangan jemaah semasa solat Jumaat dan sumbangan pada hari raya, jumlahnya tidak begitu banyak.

“Kami berharap sumbangan daripada pihak yang mahu membantu masjid ini mendapat karpet baharu demi keselesaan jemaah beribadah. Kami tak mampu nak membelinya, tak cukup duit kerana harganya mahal selain kos tinggo memasang karpet baharu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Lutpi, masjid berkenaan yang boleh memuatkan 200 jemaah dalam satu-satu dibina pada 10973, juga mengalami kerosakan pada beberapa bahagian terutama bumbung, menyebabkan ruang solat dimasuki air.

“Masjid ini sudah agak lama, sudah tentu banyak bahagian yang rosak terutama bahagian bumbung,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini