KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini meningkat daripada 114 orang kepada 328 orang setakat pukul 4 petang ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan kesemua 328 orang daripada 105 keluarga itu ditempatkan di empat PPS yang dibuka di Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli akibat banjir yang melanda sejak petang semalam. Daripada jumlah itu, seramai 165 mangsa banjir daripada 67 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kebudayaan Penampang dan 116 orang ditempatkan di Dewan Sri Putatan. Sementara itu, 29 orang ditempatkan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya