KINABATANGAN: Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang ditemukan maut akibat terjatuh dari pencawang elektrik, di Kampung Lot M, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan menuju ke kedai milik neneknya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai orang hilang pada pukul 7.08 pagi dan sepasukan lima anggota dikejarkan…