Lelaki mengaku bersalah cabul, rogol kanak-kanak

Lelaki mengaku bersalah cabul, rogol kanak-kanak

TERTUDUH (tengah) diiringi anggota polis semasa menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BSIMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan mencabul kanak-kanak berusia enam tahun di sebuah bilik di tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Gua Musang, Gua Musang dekat sini, minggu lalu.

Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, yang bekerja di kilang papan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy sejurus pertuduhan tersebut dibacakan.

Mahkamah bagaimanapun tidak merekodkan pengakuan itu dan menetapkan 23 Julai ini untuk sebutan semula kes tersebut di Mahkamah Sesyen Gua Musang.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak berusia 5 tahun 10 bulan semasa kejadian.

Tien Peng didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Kedua-dua perbuatan keji itu dilakukan di sebuah bilik pekerja sebuah kilang papan di Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 12 tengah hari pada 12 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes tersebut merupakan satu jenayah yang serius.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai dirogol seorang lelaki di sebuah bilik rumah kongsi Kawasan Perindustrian Gua Musang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN