KUALA LUMPUR: Lelaki dari Bnei Brak, Israel, Avitan Shalom gagal membatalkan dua pertuduhan yang dihadapinya selepas Jabatan Peguam Negara menolak representasi yang dihantar awal Julai lalu. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Norina Zainol Abidin pada sebutan kes itu di sini hari ini. Sehubungan itu, pendakwa raya itu memohon agar tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan dan perbicaraan diteruskan sebagaimana yang…