KULIM: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes keracunan dua beradik yang termakan keropok dicampur racun tikus direman selama enam hari, bermula hari ini. Perintah reman ke atas suspek berusia 33 tahun yang juga seorang pekebun itu dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Mirza Mohamad. Siasatan ke atas suspek dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun. Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kulim, di sini kira-kira pukul 8 pagi dengan berpakaian lokap sambil dikawal anggota polis.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya