Lans koperal bunuh Farah dituduh di mahkamah

Lans koperal bunuh Farah dituduh di mahkamah

MUHAMMAD Alif Monjani mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu sebentar tadi atas pertuduhan membunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Muhammad Alif Monjani didakwa melakukan perbuatan itu di antara 10 dan 15 Julai lalu di sebuah ladang di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali.

Tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes mengikut Seksyen 302 KK berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Anggota polis berpangkat Lan Koperal ditahan pada 15 Julai lalu pada hari yang sama penemuan mayat Nur Farah Kartini di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Nur Farah Kartini, 25, yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Polis telah menemukan telefon pintar di dalam parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor manakala beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak.

Polis menemukan dua rangkai kunci kereta dan dompet mengandungi kad pengenalan milik Nur Farah

Bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

Jenazah mangsa yang dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh dituntut pada Khamis lalu seterusnya dikebumikan pada 5.20 petang di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN