Lambakan hasil laut negara punca perairan diceroboh

Lambakan hasil laut negara punca perairan diceroboh

MARITIM Malaysia Kelantan akan terus memperketatkan kawalan bagi memastikan perairan negara berada pada tahap terbaik dan bebas daripada sebarang anasir jahat.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Agensi Pe­nguatkuasaan Maritim Malaysia (Ma­ritim Malaysia) Kelantan mendedahkan, ‘lambakan’ hasil laut menjadi tarikan kepada nelayan asing terutama dari Vietnam menceroboh perairan negara seterusnya ‘merompak’ hasil.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia Kelantan, Komander Amiludin Yenggah berkata, masalah kekurangan hasil di Vietnam turut mendorong nelayan ber­kenaan ma­suk secara haram ke negara ini meskipun puluh kapal mereka sudah ditahan sebelum ini.

Menurutnya, kemudahan tek­nologi canggih yang mampu mengesan kedudukan kawasan banyak ikan merancakkan lagi kegiatan berkenaan.

“Ada dalam kalangan bot Vietnam ini sanggup masuk sehingga ke perairan Pahang untuk mendapatkan ikan dan kemudian dibawa pulang ke negara mereka.

“Walaupun menjadi satu kesalah, namun mereka nekad berbuat demikian. Sungguhpun begitu, tidak semua bot Vietnam mempunyai kemudahan untuk mengesan kawasan ba­nyak ikan,” katanya.

Amiludin memberitahu, Ma­ri­tim Kelantan akan terus melipat gandakan rondaan dan operasi dalam membendung pencerobohan nelayan asing.

“Kami tidak mahu suatu hari nanti nasib Malaysia sama sebagaimana mereka iaitu hasil ikan berkurangan dan disebabkan itu kawalan perairan negara sentiasa diperketatkan,” katanya.

Amiludin berkata, kebanyakan nelayan asing yang ditahan enggan memberi kerjasama termasuk mendedahkan siapa ‘di belakang’ mereka sehingga berani menceroboh perairan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×