PETALING JAYA: Kos tinggi untuk membina menara telekomunikasi termasuk infrastruktur lain yang berkaitan menyebabkan kawasan-kawasan terpencil di negara ini masih berdepan capaian internet. Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, penempatan menara komunikasi dan infrastruktur lain memerlukan pelaburan yang besar. Katanya, ini menjadikan kerajaan dan swasta harus berhati-hati dalam memberi keutamaan lokasi penempatan infrastruktur. “Proses pembangunan infrastruktur tersebut melibatkan biaya yang besar mulai dari pembelian peralatan hingga kos pemasangan serta penyenggaraan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Akhbar ini melaporkan, akses telekomunikasi seperti capaian internet yang lemah masih membelenggu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya