KKM kenakan 5,951 kompuan berjumlah RM1.47 juta berkait rokok

KKM kenakan 5,951 kompuan berjumlah RM1.47 juta berkait rokok

PEGAWAI penguasa kuasa Jabatan Kesihatan Negeri mengeluarkan notis kesalahan kepada seorang perokok pada Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 3/2024 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 5,951 kompaun bernilai RM1.47 juta bagi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 sepanjang bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak 13,163 notis kesalahan dikeluarkan hasil daripada 25,924 premis dilawati oleh pihaknya.

Katanya, bagi penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 pula, sebanyak 3,218 kompaun berjumlah RM1.6 juta dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.

“Sejumlah 606 kes didaftar untuk
tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 66 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM112,280,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Radzi berkata, melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 6,824 premis makanan diperiksa.

Jelasnya, sebanyak 189 premis makanan diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 iaitu 2.77 peratus daripada keseluruhan premis makanan yang diperiksa.

“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil oleh KKM.

“Orang ramai serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya