KULIM: Seorang lagi mangsa yang termakan keropok mengandungi racun tikus dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP), pada pukul 1.20 petang ini. Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, sebelum ini kritikal sejak dimasukkan ke hospital itu pada Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Azizul Mohd. Khairi mengesahkan perkara itu. Kelmarin, abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.30 pagi setelah terpaksa bergantung kepada mesin…