Kelemahan e-invois diperincikan semula

Kelemahan e-invois diperincikan semula

GOBIND Singh Deo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperhalusi semula kelemahan yang dikenal pasti berhubung pelaksanaan sistem baharu e-invois.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, antara masalah dihadapi perusahaan kecil.

“Satu daripadanya ialah kemungkinan khususnya perniagaan kecil perlu membayar lebih kepada pakar untuk membantu mereka dalam proses e-invois ini.

“Oleh itu, saya akan melihat bagaimana kerajaan boleh membantu permasalahan tersebut,” kata kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka e-Invois Kebangsaan dan Majlis Pengiktirafan Syarikat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat perbincangan mengenai cadangan yang akan dilaksanakan bagi membaik pulih kelemahan e-invois dan akan dimaklumkan kelak,

Sebelum ini, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) meminta kerajaan mengecualikan perniaga kecil dan mikro ekoran kebimbangan kesan negatif daripada penggunaan sistem e-invois.

Menurut persatuan tersebut, penggunaan e-invois dalam kalangan peniaga-peniaga kecil bakal membebankan kewangan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN