JOHOR BAHRU: Lahir dalam keadaan serba kekurangan tanpa kedua-dua belah tangan dan kudung kaki kanan bukan penghalang bagi How Xue Qi, 18, sentiasa kekal positif dalam menjalani kehidupan harian bergelar pelajar. Dia yang menerima Anugerah Inspirasi sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mengakui enggan terlalu sedih dengan nasibnya. Sebaliknya anak sulung daripada empat beradik ini lebih gemar menumpukan kepada pelajaran dan minat seninya. “Saya amat gembira mendapat anugerah ini. Pada SPM lalu, saya lulus semua subjek dan mendapat A bagi subjek Pendidikan Seni Visual. Saya memang minat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya