PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya membanteras 3,012 kes penyeludupan bagi tempoh Januari hingga Mei lalu melibatkan cukai yang berjaya diselamatkan sebanyak RM303.9 juta. Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, kes berkenaan membabitkan aktiviti penyeludupan dadah, rokok, minuman keras dan mercun. Beliau berkata, biarpun jabatan ini terpalit pelbagai isu akhir-akhir ini, namun ia tidak mematahkan semangat dan jati diri pegawai kastam dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. “Walapun…










