LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah kapal korek pasir dekat Tanjung Hantu, Segari, dekat sini petang semalam. Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kapal korek itu dikesan pada kedudukan 14.8 batu nautika barat laut Tanjung Hantu, kira-kira pukul 3.10 petang. Menurutnya, kapal korek pasir yang dinamakan Chuan Hong 68 dan didaftarkan di Fuzhou, China, dikesan menurunkan sauh…










