Jentera besar punca hasil padi hilang 20 peratus - Utusan Malaysia

Jentera besar punca hasil padi hilang 20 peratus

Jentera padi
IZHAM Hashim melihat jentera mesin menuai mini baharu di pejabat PPN Selangor kawasan Pasir Panjang, di Sabak Bernam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Penggunaan jentera yang besar dekat kawasan sawah Barat Laut di negeri ini dikenal pasti menjadi punca kehilangan padi sehingga 20 peratus menyebabkan hasil tuaiannya rendah pada setiap musim.

Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim berkata, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor mengambil inisiatif menambah mesin tuai yang lebih kecil dengan membeli dua buah jentera baharu untuk memaksimumkan hasil tuaian padi.

“Kalau menuai padi pada kadar 7,000 tan, kita dapati jentera menuai besar menyebabkan kehilangan hasil sebanyak 1,400 tan.

“Banyak hasil yang hilang. Jadi kita ambil keputusan untuk gunakan jentera menuai mini yang mana kadar kehilangan hasil cuma tiga hingga lima peratus sahaja,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke PPN kawasan Pasir Panjang, hari ini.

Tambahnya, dua jentera tersebut berharga RM310,000 akan disewa kepada pesawah di kawasan tersebut dengan kadar rendah.

Dalam pada itu, Izham memaklumkan, terdapat tujuh jentera menuai padi mini di bawah agensi pertanian di Selangor dan tidak menolak kemungkinan akan menambah jenis mesin yang sama pada masa akan datang.

“Pembelian dua buah mesin ini diharap dapat membantu pesawah menuai padi ketika padi mereka sudah masak. Kita nak elakkan kehilangan hasil padi ini berkurangan, di samping mengurangkan kerugian dialami pesawah itu sendiri,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN