Jangan jadi pencetus kenaikan inflasi - Dr. Dzulkefly

[Parlimen] Jangan jadi pencetus kenaikan inflasi – Dr. Dzulkefly

DR. ZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan pemain industri perubatan swasta agar tidak menjadi pencetus peningkatan inflasi berikutan kos pembayaran prosiding yang terlalu mahal.

Mengakui akan harga ubat-ubatan yang tinggi pada ketika ini, Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dalam hal ini satu libat urus perlu dibuat antara kementerian dengan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) bagi memberi penerangan mengenai perkara ini, sekali gus dapat memberi manfaat sebaiknya kepada rakyat.

“Mengenai harga ubat-ubatan yang memberi kesan inflasi yang dikatakan tinggi, iya saya akui… jadi saya memohon supaya sebagai pemilik dan pemain industri perubatan swasta mengambil perhitungan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sebagai menteri mahu value base health care bukan pay for service  supaya keberkesanannya benar-benar dapat kita capai dan bukan jadi pencetus kepada inflasi kerana kos pembayaran prosiding yang tidak terkawal kalau ia berpandukan insurans..agak bebas pada ketika ini.

“Saya yakin dan percaya akan ada kerjasama libat urus dengan APHM, saya faham mereka akan tahu tentang value base healthcare yang saya mahukan.. jadi bila adakan kolaborasi awam dan swasta, kita juga pandang kepada fasiliti mereka mengenai apa yang kita mampu bekalkan kepada rakyat,” katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Alias Razak (PN-Kuala Nerus) dalam soalan tambahan meminta kementerian menjelaskan peningkatan inflasi kos perubatan negara mencatatkan peningkatan sebanyak 12.6 peratus berbanding 5.6 peratus pada tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini