Ibu doa Aliff Aziz tidak berhenti bernyanyi - Utusan Malaysia

Ibu doa Aliff Aziz tidak berhenti bernyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil, berharap anaknya tidak meninggalkan bidang nyanyian walaupun dilanda pelbagai ujian.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Aliff Aziz dilihat menyanyikan lagu Dawai nyanyian asal artis Indonesia, Fadhilah Intan, sambil disaksikan bapanya di ruang tamu rumah.

“Teruskan hidup dan lakukan apa yang menggembirakan kamu sejak kecil iaitu minat kau dalam bernyanyi.

“Jangan pandang belakang sebaliknya teruslah melangkah dengan rahmat Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Memandangkan doa seorang ibu tiada hijab, Siti Hafiza sempat menuliskan ucapan dan berharap agar urusan anak sulung daripada tiga beradik itu dipermudahkan Allah.

“Aliff, kamu tidak sempurna. Tapi di atas kesalahan yang dilakukan, kamu tidak pernah pernah berniat buruk kepada sesiapa. Syukur,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff Aziz juga dilihat memuat naik kembali video persembahan di Instagram.

Dalam video tersebut, Aliff semasa menyanyikan lagu Penghujung Rindu nyanyian asal Jamal Abdillah semasa beraksi program All Starts Gegar Vaganza tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN