KUALA LUMPUR: Felda sebagai peneraju sektor pertanian sejak 68 tahun lalu sewajarnya membangunkan sebuah universiti khusus untuk anak-anak peneroka bagi menaik taraf institusi tersebut. Ia juga sekali gus sebagai usaha memastikan anak-anak Felda tidak tercicir dalam pendidikan. Dengan cara ini, anak-anak Felda ini boleh melanjutkan pengajian di peringkat diploma mahupun ijazah dengan fokus dalam bidang perladangan yang selama ini sektor berkenaan menjadi penyumbang utama dalam ekonomi negara. Pensyarah Kanan Universiti…










