MELAKA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan tidak berlaku kenaikan harga durian di pasaran tempatan berikutan pengeksportan pertama durian segar ke China bermula September ini. Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, selain tidak berlaku kenaikan harga, ia juga tidak menjejaskan bekalan durian di pasaran tempatan. Menurutnya, eksport durian segar tempatan ke China dalam bentuk biji dan bukan ulas seperti sebelum ini hanya melibatkan durian gred A seperti Musang King, IOI, Duri Hitam dan sebagainya. Beliau berkata, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini di peringkat mengaudit permohonan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya