Dua maut dalam nahas dua motosikal bertembung. 

Dua maut dalam nahas dua motosikal bertembung. 

KEADAAN dua buah motosikal yang bertembung dan menyebabkan kedua-dua penunggangnya maut dalam kejadian di Kilometer 78, Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam berhampiran pekan Simpang Renggam di sini malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG:  Dua terbunuh selepas motosikal  masing-masing bertembung  di Kilometer 78, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam berhampiran pekan Simpang Renggam di sini malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pukul 11.15 malam itu melibatkan seorang remaja, Luqman Afiq Amir, 16, yang  menunggang motosikal Honda EX5 dan Suzuki RG Sport yang ditunggang oleh seorang lelaki Myanmar berusia 40-an.

Menurut beliau, pemeriksaan awal ke atas kedua-dua motosikal tersebut mendapati Honda EX5 milik ayah angkat Luqman Afiq mempunyai lesen Kenderaan Motosikal (LKM) sehingga bulan November tahun ini namun penunggang tiada lesen. 

“Suzuki RG Sport kepunyaan seorang lelaki lain ( Tong Ching Yong) Lesen Kenderaan Motosikal (LKM)  tamat tempoh sejak 2020 manakala penunggangnya tiada pengenalan diri. 

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika remaja berkenaan yang  datang dari arah Machap ke Simpang Renggam manakala penunggang warga  Myanmar dari arah bertentangan,” katanya melalui kenyataan hari ini. 

Kata Bahrin, sebaik sampai di lokasi kemalangan, remaja berkenaan dikatakan hilang kawalan ke atas motosikalnya menyebabkan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang lelaki Myanmar itu. 

Katanya, akibat kejadian itu, remaja berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala  lelaki  Myanmar disahkan meninggal dunia beberapa minit dirawat di Zon Merah Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×