LOS ANGELES: Penyanyi pujaan ramai, Celine Dion, bakal membuat kemunculan semula menerusi sebuah persembahan istimewa sempena majlis pembukaan sukan Olimpik Paris 2024. Celine, yang menderita sindrom masalah saraf, dijadualkan membuat persembahan pada sesi perarakan bot di sepanjang sungai Seine, esok. Portal TMZ melaporkan, penyanyi berketurunan Perancis dan Kanada itu dibayar AS$2 juta (RM9.3 juta) bagi satu lagu. Penganjur juga bersetuju menampung semua kos perjalanan, termasuk penginapan penyanyi itu di hotel…










