MELAKA: Bekas penyanyi dan pelakon, Bibiana Layola atau nama sebenarnya Nur Habibah Abdullah tidak berhajat kembali semula ke persada seni yang pernah menaikkan namanya. Beliau yang memegang watak utama dalam filem Rozana Cinta ‘87 arahan pengarah, Nasir Jani kini lebih selesa terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan, Gerakan Kongsi Rezeki (GKR) bagi membantu golongan memerlukan bantuan. Penyanyi kumpulan Skyfire itu berkata, sudah hampir 19 tahun beliau meninggalkan bidang lakonan dan nyanyian.…