PETALING JAYA: Rakyat Palestin di Gaza terpaksa berjalan jauh selama sejam dan menempuh jalan berliku demi mencari makanan ketika wilayah tersebut terus dibedil tentera Israel. Rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Semenanjung Gaza, Nurul Ain Haron berkata, keluarganya yang masih berada di sana termasuk rakyat Palestin yang lain terpaksa berjalan jauh untuk mencari makanan. Menurutnya, harga makanan kini sudah melonjak naik lebih daripada kemampuan rakyat Palestin iaitu sehingga lima…










