Bawa usul kerjasama BN-PH ke Perhimpunan Agung UMNO bulan depan

Bawa usul kerjasama BN-PH ke Perhimpunan Agung UMNO bulan depan

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: UMNO Bahagian Gua Musang mengemukakan usul memperkukuhkan kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH) dibawa ke Persidangan Agung UMNO (PAU) pada bulan depan untuk dibahaskan.

Ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hasil perbahasan itu perlu diperhalusi untuk diputuskan sebelum dimuktamadkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti. 

Menurutnya, satu keputusan perlu dibuat dengan mengambil kira suara majoriti tentang  beberapa keputusan telah dibuat bersama kerajaan yang jelas memberikan impak kepada  UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO Bahagian Gua Musang membawa dua usul, iaitu pertama, kita mahu rundingan di peringkat parti mengenai kerjasama dengan PH dan mencadangkan UMNO mencabar kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat kenyataan rasmi tentang wujudnya perintah adendum (tahanan rumah) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak.

“Kita rasa apa yang diamalkan sekarang tidak memberi banyak faedah kepada kita. Banyak orang bawah parti rasa tidak selamat dengan kerjasama ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang di sini, hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh berkata, UMNO Hahagian Gua Musang menaruh harapan supaya parti memberi peluang kepada calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, bulan depan.

Katanya, calon dalam kalangan orang muda dilihat lebih diminati pengundi termasuk akar umbi.

“Kita rasa orang muda patut ambil bahagian dalam PRK ini. Kita yakin keputusan ini tepat kerana sebanyak 62.5 peratus pengundi di DUN Nenggiri terdiri daripada golongan muda. 

“Kita telah mencadangkan tiga nama yang kesemuanya adalah calon muda,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×