GUA MUSANG: UMNO Bahagian Gua Musang mengemukakan usul memperkukuhkan kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH) dibawa ke Persidangan Agung UMNO (PAU) pada bulan depan untuk dibahaskan. Ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hasil perbahasan itu perlu diperhalusi untuk diputuskan sebelum dimuktamadkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti. Menurutnya, satu keputusan perlu dibuat dengan mengambil kira suara majoriti tentang beberapa keputusan telah dibuat bersama kerajaan yang jelas memberikan impak kepada …










