JOHOR BAHRU: Suasana pilu menyelubungi pengkebumian jenazah Hafiz Fauzan, 17, pelajar yang dilaporkan hilang sejak 26 Mei lalu semasa bapanya membaca talkin sebagai tanda kasih kepada anaknya yang dijemput Ilahi buat selamanya. Abd Halid Sugiman, 44, dengan nada tenang mengucapkan selamat tinggal buat selamanya dan mendoakan roh anak ketiganya daripada tujuh beradik itu tenang serta dicucuri rahmat. “Selamat tinggal wahai anakku, Hafiz Fauzan bersemadilah engkau dengan tenang di sisi Allah SWT,” ucapnya ketika membaca talkin ketika pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam, Batu 7, Tongkang Pechah di sini semalam. Ungkapan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya