Awang Bemee dilantik Speaker Dewan Negara ke-21

Awang Bemee dilantik Speaker Dewan Negara ke-21

Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-21 bagi menggantikan Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mencadangkan pencalonan berkata, pelantikan Awang Bemee berdasarkan pengalaman luas beliau.

“Beliau adalah anak jati negeri Sarawak pernah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Borneo Sarawak bermula pada tahun 1984 dan berpengalaman mengendalikan pelbagai kes di semua peringkat mahkamah termasuk Mahkamah Persekutuan.

“Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching sejak 1998 dan pernah berkhidmat sebagai ADUN Sarawak tiga penggal sebelum ini,” katanya.

Cadangan tersebut kemudian disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Awang Bemee ketika berucap sebagai Yang Dipertua Dewan Negara berterima kasih.

Menurut beliau, pelantikannya  merupakan satu penghormatan yang besar kepadanya.

Sebelum ini, Awang Bemee mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara, pada 15 Mei lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×