PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.
Perdana Menteri turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah kekal karar memerintah Brunei.
“Semoga hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh, Insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu catatan di Facebook, hari ini. – UTUSAN










