85 majikan dikesan gagal daftar perusahan, pekerja - Utusan Malaysia

85 majikan dikesan gagal daftar perusahan, pekerja

FARIHAH Che Husin (tengah) ketika menyertai Ops Kesan Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024 di Bukit Payung, Marang, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Sebanyak 85 majikan di negeri ini dikesan gagal mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hasil operasi Ops Pemutihan yang dijalankan.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, kesalahan itu dikesan daripada 333 majikan yang disiasat pada
sepanjang operasi berkenaan bermula 1 Mei hingga 30 Jun lalu.

Menurutnya, sebanyak enam kompaun berjumlah RM7,500 dikeluarkan dalam tempoh beroperasi tersebut.

“Pelaksanaan Ops Kesan berkenaan bagi mengambil tindakan ke atas majikan yang masih ingkar mendaftar perusahaan dan pekerja mereka selepas tempoh Ops Bulan Pemutihan berakhir Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Ops Kesan Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024 di Bukit Payung, dekat sini, hari ini.

Farihah memberitahu, majikan yang masih gagal mendaftar dengan Perkeso akan dikenakan tindakan mengikut permatuhan notis kompaun.

“Jika masih ingkar di bawah Akta Keselamatan Sosial 1969, mereka boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN