PETALING JAYA: Landskap politik negara memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun untuk berubah memandangkan pemimpin-pemimpin lama masih menguasai hampir kesemua parti politik di negara ini. Pensyarah Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia Profesor Madya Dr. Mazlan Ali berkata, budaya politik lapuk dan sikap tidak terbuka melambatkan proses peralihan tersebut. Katanya, setakat ini, peluang kepada generasi muda mengambil alih kepimpinan politik masih terhad, malah pemimpin muda yang dianggap sebagai…










