KUALA KEDAH: Kira-kira 1,698 penumpang feri Langkawi terkandas setelah Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. terpaksa membatalkan tiga perjalanan petang ini ekoran cuaca buruk di laut dengan ombak setinggi empat meter. Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, pembatalan itu melibatkan laluan Langkawi ke Kuala Kedah dan sebaliknya. “Akibat cuaca buruk di laut ketika ini, jumlah penumpang yang masih tidak boleh meneruskan…










