LUMUT: Sebanyak 12 unit tukun dasar lembut penghalang pukat tunda (TDL-AT) bernilai RM370,660 dilabuhkan di perairan Selat Melaka berhampiran Kepulauan Sembilan dekat sini, semalam. Langkah itu bertujuan konservasi serta mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai. Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris berkenan berangkat melancarkan program melabuh tukun tiruan tersebut. Baginda tiba di lokasi perairan tersebut dengan menaiki kapal milik Jabatan Perikanan kira-kira pukul 9.40 pagi sebelum menghampiri ponton yang membawa 12 unit tukun tiruan tersebut. Baginda kemudian membunyikan hon dari atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya