KOTA KINABALU: Seramai 114 orang mangsa banjir daripada 42 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah setakat pukul 8 pagi ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS iaitu di Dewan Kebudayaan Penamoang dan di Dewan Sri Putatan yang mula dibuka antara pukul 5.25 petang dan 1 pagi tadi. Pemindahan mangsa banjir terus meningkat susulan banyak kampung terjejas akibat hujan…