PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles mengesahkan seorang warganegara Malaysia meninggal dunia semasa ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, Amerika Syarikat. Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles berhubung dengan ahli keluarga Allahyarham dan sedang memberikan bantuan konsular yang sewajarnya. “Pihak Konsulat Jeneral Malaysia juga sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan usaha membawa turun jenazah dari kawasan pergunungan sedang giat…