KULIM: Seorang wanita yang tinggal bersendirian selepas kematian suami tiga tahun lalu hanya mampu menangis ketika disahkan menghidap kanser limfoma pada September tahun lepas. Nik Suria Jusoh, 49, berkata, ketika itu dia berasa sangat tertekan kerana memikirkan nasibnya yang perlu menempuh ujian berat tersebut bersendirian. “Sebelum ini saya jaga suami, Sukri Abdullah, 52, yang lumpuh akibat terjatuh dari pokok selama 14 tahun. Suami kemudian meninggal dunia tiga tahun lalu. “Saya…