SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) merancang untuk menerima 51,500 pengambilan baharu bagi kemasukan mahasiswa sesi 2024/2025 ke universiti itu dan kesemua 34 kampusnya di seluruh negara. Pengambilan tersebut dikatakan selaras dengan kadar peratusan kebolehpasaran graduan UiTM yang meningkat kepada 89.4 peratus berbanding tahun 2022 dan hampir mencapai 90 peratus sasaran ditetapkan bagi 2025. Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, ketika ini universiti terbesar…