PETALING JAYA: Tiga lagi individu ditahan polis selepas disyaki bersubahat dengan satu sindiket termasuk kakitangan bank bagi mengeluarkan wang tunai bernilai RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan kesemua individu itu dilakukan di Perlis dan Sabah sejak tangkapan pertama pada 13 Jun lalu sehingga semalam.
“Kesemua mereka ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi di sini.
Pada 15 Jun lalu, media melaporkan seorang kakitangan bank ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang dari akaun simpanan tetap melibatkan kerugian RM24.2 juta.
Suspek berusia 38 tahun itu ditahan di Kota Kinabalu, Sabah, 13 Jun lalu. – UTUSAN