JOHOR BAHRU: Gagal mempamerkan tanda harga terhadap barangan jualan kekal menjadi kesalahan utama yang dilakukan golongan peniaga di negeri ini. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, perkara itu dikesan pihaknya menerusi pemantauan dan operasi yang dijalankan pihaknya secara berkala. Sehubungan itu, tindakan tegas mengikut undang-undang akan diambil sekiranya peniaga terus berdegil walaupun nasihat dan advokasi dibuat. “Kita ada rekod peniaga-peniaga yang…










