PETALING JAYA: Syarikat penghantaran makanan digesa meningkatkan prosedur operasi terutama melibatkan makanan halal ekoran kecuaian seorang penghantar makanan yang memberi makanan mengandungi babi kepada kanak-kanak beragama Islam. Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, prosedur operasi perlu ditambah baik bagi mengelak kesilapan yang membimbangkan pengguna berulang. Kata beliau, kanak-kanak yang berusia lapan tahun itu adalah pelajar tahfiz di sebuah madrasah. “Dalam keadaan ini, pengguna itu meletakkan kepercayaan…