MELAKA 16 Jun – Bintang terkemuka China, Fan Bingbing mengakui tanggungjawab berat apabila dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 dalam usaha membantu mempromosikan Tahun Melawat Melaka (TMM2024). Menurut pelakon utama dalam drama The Empress of China itu, pelantikannya itu oleh kerajaan negeri adalah satu penghormatan yang sangat besar buat dirinya. “Saya merasa sangat bertuah kerana Melaka adalah sebuah tempat yang unik jauh berbeza daripada tempat pelancongan terkenal yang lain.…