Sungai Bakap: Sah 'satu lawan satu' antara PH dan PN

Satu lawan satu antara PH dan PN di PRK Sungai Bakap

DR. JOOHARI Ariffin (kanan) bersama Abidin Ismail selepas kedua-duanya diumumkan sebagai calon yang akan bertanding pada PRK bagi kerusi DUN Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sah menyaksikan pertembungan ‘satu lawan satu’ antara calon Pakatan Harapan (PH) atau Kerajaan Perpaduan, Dr. Joohari Ariffin dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK tersebut, Khairulnizam Hashim kira-kira 10 minit selepas proses penamaan calon ditutup pukul 10 pagi tadi.

Menurut Khairulnizam, hanya dua kertas penamaan calon diterima dan tiada kertas yang ditolak dengan Joohari menjadi calon pertama yang menyerahkan borang pencalonan iaitu kira-kira pukul 9.03 pagi.

Hadir mengiringi Joohari ialah Setiausaha Cabang PKR Nibong Tebal, S Galaimani dan penyokong, Ketua Puteri UMNO Nibong Tebal, Ameera Nadia Mohd. Shafiee.

Sementara itu, Abidin pula menyerahkan borang penamaan beberapa minit selepas Jooari dengan diringi oleh pencadang yang juga Bendahari Jentera Pilihan Raya PN, Abdul Rahman Hashim serta penyokong, Setiausaha Jentera Pilihan Raya PN, Amizan Ariffin.

PRK DUN Sungai Bakap terpaksa diadakan berikutan kematian Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat penyakit keradangan dalam perut.

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal sebelum itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos lalu selepas menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose daripada PKR dengan majoriti 1,563 undi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN