STPM, peluang terbaik ke universiti

STPM, peluang terbaik ke universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu melihat pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau tingkatan enam sebagai laluan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Canselor Universiti Antarabangsa AlBukhary (AIU), Prof. Emeritus Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin berkata, pendidikan STPM atau tingkatan enam di Malaysia dilihat lebih komprehensif dan menyeluruh dalam menyediakan pelajar untuk memasuki universiti.

Katanya, pembelajaran dan kurikulum di peringkat STPM mencakupi pelbagai aspek pengetahuan dan kemahiran yang luas serta memberi pendedahan kepada pelajar dalam pelbagai bidang dan disiplin.

“Pelajar STPM mempunyai lebih banyak pilihan bidang yang boleh mereka ceburi di universiti kelak, berbanding dengan pra-universiti yang biasanya lebih khusus dan tertumpu kepada bidang tertentu sahaja.

“Contohnya, pra-universiti dalam bidang undang-undang memfokuskan kepada pengajian praundang-undang, manakala tingkatan enam memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih dari pelbagai bidang akademik.

“Pelajar STPM semakin diperhatikan oleh universiti kerana mereka membawa pencapaian akademik yang tinggi dan kemahiran kejuruteraan yang baik sertai memberi impak yang positif dalam kegiatan kokurikulum, menyumbang kepada perkembangan holistik universiti,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN