SHAH ALAM: Status permohonan representasi yang dikemukakan oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dan isterinya berkaitan stoking tertera kalimah Allah akan diketahui pada 15 Julai depan. Hakim Mahkamah Sesyen Muhamad Anas Mahadzir memberitahu, ia ditetapkan bersekali dengan representasi bagi syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd dan tiga pengarahnya atas tuduhan sama. Penetapan tersebut dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat memohon tarikh…