SPRM diminta beri penjelasan tahanan reman CEO Prolintas

SPRM diminta beri penjelasan tahanan reman CEO Prolintas

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta memberikan penjelasan mengenai penahanan reman Datuk Mohammad Azlan Abdullah.

Peguam, Farhan Read yang mewakili Mohamad Azlan berkata, pihaknya
ternampak anak guamnya dalam keadaan bergari dan ditemani oleh pihak SPRM ketika berada di mahkamah bagi kes berlainan.

“Kami telah bertanyakan kepada pegawai yang menjaga anak guam kami tentang sebab mengapa beliau dibawa ke Mahkamah tetapi sebaliknya kami diberitahu bahawa kami tidak boleh bercakap dengan anak guam kami.

“Tiada sebab yang lanjut diberikan dan tujuan beliau dibawa ke Mahkamah tidak dimaklumkan kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Farhan, pihaknya tidak mendapat sebarang makluman awal diberikan berkenaan hasrat dan tujuan pihak SPRM membawa Mohamad Azlan ke Mahkamah Majistret walaupun telah direkodkan diri sebagai peguambela kepada anak guamnya semasa reman terdahulu.

“Ini secara jelas bertentangan dengan hak asasi anak guam kami dan seterusnya prinsip dan niat Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan di mana seseorang itu berhak diwakili peguam lebih-lebih lagi apabila peguam tersebut telah memasuki rekod mahkamah sebagai wakil kepada anak guam kami tersebut.

“Dalam keadaan sedemikian, pihak SPRM sepatutnya telah menghubungi kami berkenaan hasrat membawa anak guam bagi tujuan ke Mahkamah demi menghormati hak asasi tersebut.

“Rukun (right to be heard) juga meliputi tanggungjawab SPRM untuk memastikan bahawa seseorang itu tidak dihadapkan ke Mahkamah tanpa kehadiran peguam setelah dilantik peguam.

“Kami seterusnya diberitahu oleh Majistret yang mendengar permohonan yang dibawa oleh pihak SPRM bahawa tujuan Permohonan tersebut oleh pihak SPRM adalah untuk melepaskan beliau dari tahanan reman di bawah s. 117 Kanun Aturcara Jenayah.

“Namun demikian, pegawai SPRM yang bertugas telah berpatah balik dan memberitahu kepada Majistret bahawa beliau telah menerima arahan baharu untuk menarik balik permohonan tersebut atas sebab-sebab tertentu dan akan menahan anak guam kami sehingga tamat tempoh reman pertama tersebut pada 28 Jun ini (esok),” katanya.

Farhan berkata, pihaknya dengan rendah diri berpendapat bahawa perintah reman yang diberikan di bawah s. 117 KAJ adalah bersifat kebenaran ‘authorisation’ untuk seseorang ditahan dan bukan perintah ‘order’ agar seorang itu ditahan.

“Sebagai contoh, pengeluaran waran penggeledahan di bawah Seksyen 56 KAJ oleh Majistret tidak mengharuskan waran tersebut dilaksanakan walaupun telah dikeluarkan.

“Sebaliknya, perintah pemenjaraan di bawah Seksyen 282/285 KAJ pula adalah bersifat perintah yang wajib dilaksanakan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN