SPRM bincang kaedah lapor rasuah perkhidmatan awam

SPRM bincang kaedah lapor rasuah perkhidmatan awam

AZAM Baki ketika Majlis Pelancaran Buku "THE SIN OF CORRUPTION - A RELIGIOUS PERSPECTIVE" di PICC Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membincangkan kaedah untuk menetapkan mekanisme bersesuaian berhubung pelaporan rasuah dan salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, perbincangan itu akan diadakan bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut beliau, undang-undang khususnya di bawah Akta SPRM secara jelas menyatakan kewajipan untuk melaporan sebarang salah laku dan rasuah sehingga boleh dibuang kerja sekiranya didapati bersalah.

“Ini boleh menyebabkan (penjawat awam) boleh dibuang kerja sekiranya didapati bersalah. Itu undang-undang tetapi dalam rancangan kami sekarang ini, kita perlu berbincang dengan JPA dan KSN terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada pelancaran buku ‘The Sin Of Coruption A Religious Perspective’ di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan semua ketua jabatan dalam perkhidmatan awam tidak akan dinaikkan pangkat sekiranya mereka tahu tetapi tidak melaporkan sebarang kegiatan rasuah atau salah guna kuasa di bawah jabatan masing-masing.

Untuk itu, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk membuat satu ketetapan supaya setiap ketua jabatan mesti melaporkan perbuatan salah laku dalam jabatan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN